Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan semua...
Hari Selasa sehari sebelum raya, jam 6.30 petang kami bertolak balik ke Kuala Kangsar. Izah yang drive, ayah kerja dan akan balik pada hari Jumaat. Tiba di kampung lebih kurang jam 10.30 malam. Biasalah, bila dah ramai, mata yang mengantuk pun tak mau pejam..pukul dua pagi baru senyap...
Pagi raya, kaum hawa berada di dapur menyiapkan hidangan, kemas-kemas sket..kaum adam menunaikan solat sunat raya...balik dari masjid/surau ayah ngah mengepalai bacaan yassin dan tahlil yang merupakan acara wajib setiap kali berkumpul raya.
Pastu acara bergambar posing gila-gila sket..dah petang gi beraya ke Temong..
Hari Raya kedua beraya di Taiping dan Ipoh. Hari Raya ketiga ke Taman Jasa..
Raya keempat balik KL..sebelum tu singgah Sayong, majlis kenduri saudara sebelah ayah..kat situ baru dapat jumpa makcik-makcik dan sepupu sebelah ayah..
Petang nak dekat Maghrib baru sampai Ampang..yahoo...